| Pemandangan Depan TAJ Seri Intan |
SEJARAH PENUBUHANPenubuhan TAJ Seri Intan Bermula sejak tanggal Januari 2004. Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang iaitu Tuan Haji Fauzi bin Haji Arshad telah memberikan kerjasama di dalam penubuhan sekolah ini. keizinan daripada Ketua UMNO Cawangan Taman Delima, iaitu Encik Jalal Bin Mahat amat dihargai untuk pihak sekolah mneggunakan Balairaya Taman Delima.
Dengan Tertubuhnya Taj Seri Intan di Taman Delima, setiap tahun terdapat peningkatan jumlah pelajar yang memberangsangkan. pada tahun 2006, TAJ seri Intan bertambah kepada tiga sesi daripada dua sesi. ini adalah disebabkan peningkatan pelajar-pelajar TAJ pada tahun tersebut.
Peningkatan jumlah pelajar yang memberangsangkan adalah kerana kedudukan TAJ Seri Intan yang strategik serta hubungan baik di antara guru-guru Seri Intan dengan penduduki sekitar Taman Intan, Taman Delima, Taman Titiwangsa, Taman Muhibbah dan Desa Harmoni.
MISI TAJ SERI INTAN
- Menguruskan penyampaian ilmu pengetahuan pendidikan islam secara sistematik.
- Mewujudkan program-program pendidikan islam yang terancang dan berkesan.
- Menyediakan para pendidik yang berkelayakan, berkemahiran dan berwibawa.
- Menyediakan prasarana pendidikan yang sempurna.
- Memastikasn penguasaan kemahiran membaca al-quran, penulisan jawi dan mengamalkan ajaran islam dalam jiwa murid-murid.
VISI TAJ SERI INTANMenyediakan sistem pendidikan islam dan menguruskan dengan sempurna untuk melahirkan generasi muslim yang boleh serta mengamalkan islam sebagai satu cara hidup.
| wajah cilik TAJ Seri Intan |



